Honey comb adalah terdapatnya masalah pada hasil konkrit yang telah mengeras selepas acuan dibuka.Ia terjadi apabila kelihatan kerosakan pada permukaan konkrit yang menampakkan batu aggregat.Jika hanya pasir yang kelihatan,itu bukanlah dinamakan honey comb.Terdapat beberapa masalah @ punca yang mengakibatkan berlakunya honey comb.Antaranya:
- Berlakunya pengasingan konkrit apabila semasa kerja -kerja penuangan dilakukan.
- Vibration @ lancau yang melebihi had sehingga menampakkan air yang terdapat dalam konkrit keluar dari acuan.
- Jarak ketinggian penuangan konkrit yang melebihi 1.5M.
- Lebar saiz acuan yang kecil menyusahkan kerja-kerja konkrit vibration.
- Cuaca yang panas menyebabkab acuan kering yang mana akan menyerap air didalam konkrit.
- Terdapat halangan yang banyak semasa konkrit memasuki kedalam acuan.Contohnya halangan besi yang saiznya besar.Ini menyebabkan berlakunya pengasingan.
Cara mengatasi :
- Vibration hendaklah dihentikan apabila air keluar dari acuan dan tempoh masa vibration tidak boleh lama.
- Penuangan konkrit hendaklah tidak boleh melebihi 1.5 M.
- Menggunakan konkrit pump mix.
- Acuan disiram dengan air sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan.
- Sekeliling acuan hendaklah dipastikan tiada lubang sepanjang sambungan acuan @ kebocoran yang membolehkan air dari konkrit keluar.Jika ada,alternatif dengan menyumbat span ke lubang boleh diambil.
1 ulasan:
Ilmu yang bermanfaat. Terima kasih
Catat Ulasan