Sabtu, 30 Ogos 2008

Asas ( Footing )






Asas @ Footing adalah struktur yang terdapat paling rendah didalam tanah yang mana berfungsi sebagai mengagihkan beban semua struktur dari atasnya kepada tanah yang berada dibawahnya.Jenis-jenis asas :
  • Asas Cetek
  • Asas Pad
  • Asas Rakit

Antara kerja-kerja yang dijalankan bagi membentuk @ membuat asas:

  1. Kerja merata tanah.
  2. Membuat pagar kayu sementara.
  3. Setting out kedudukan asas.
  4. Membuat pad @ marking asas dengan menggunakan serbuk simen @ pasir.
  5. Pengorekan dengan mesin.
  6. Level asas diambil.
  7. Kerja-kerja memadatkan tanah.
  8. Pemasangan acuan.
  9. Lean concrete.
  10. Pemasangan besi.
  11. Pembersihan acuan asas dari kotoran
  12. Inspection by supervisor and consultant
  13. Penuangan Konkrit.

Isnin, 25 Ogos 2008

Tangga ( Staircase )






Tangga merupakan satu struktur yang menghubungkan antara satu aras ke aras yang lain.Tangga juga digunakan sebagai laluan kecemasan semasa berlakunya kecemasan seperti bekalan elektrik terputus dan menyebabkan lif tidak berfungsi.Tangga terdiri dari tetingkat,jejak,anjur jejak,susur tangga,rasuk dan sebagainya.Kerja-kerja membuat acuan dan konkrit tangga sangatlah rumit.Pengiraan nilai setiap kedudukan posisi tangga perlu penilitian yang tinggi.Ini kerana anak-anak tangga,tetingkat,dan jejak perlu nilai yang tepat kedudukannya.Tangga juga perlu mengikut darjah kecerunan yang ditetapkan.Konkrit yang selalu digunakan ialah G25N dan keadaan konkrit mestilah kering.Ini kerana,tangga mempunyai kecerunan dan perlu dikonkrit dari atas ke bawah.Jika keadaan konkrit basah,konkrit akan turun ke bawah apabila dituang.


Jumaat, 22 Ogos 2008

Anti Termite







Anti Termite ialah bahan campuran kimia dan air yang juga digunakan di tapak projek.Ianya berfungsi sebagai anti kepada serangga seperti anai-anai,semut,lipas dan sebagainya.Contoh anti termite ialah Crackdown dan Termifos.Pada kebiasaanya untuk kantai rumah akan menggunakan termifos.Crackdown pula untuk bengkel,car porch dan sebagainya.Untuk 1 M persegi lantai,sebanyak 4.795 liter air digunakan dan 0.025 bahan kimia dicampur.Bermakna 1 M persegi lantai rumah memerlukan semburan sebanyak 5 liter campuran antara air dan bahan kimia.Contoh pengiraan seperti diatas.



Khamis, 21 Ogos 2008

Spacing Block






Spacing block @ disebut sebagai tauhu ditapak projek selalu digunakan sebagai pelapik antara besi dan acuan.Ianya bagi mengelakkan konkrit yang terhasil mengalami masalah @ kecacatan pada konkrit seperti besi berubah dari tempat asal dan mengelakkan permukaan struktur yang menampakkan besi-besi.Tebal spacing block mengikut kehendak jurutera yang dicatat dalam pelan.Antara saiz ketebalan yang biasanya digunakan ialah (20mm untuk interior R.C Slab) ,(25mm untuk Beams,columns,wall,stiffeners) dan ( 40mm untuk Stumps,Pilecap,Ground Beams dll).Antara bahan yang digunakan bagi menghasilkannya ialah simen,air,pasir dan dawai sebagai bertujuan untuk mengikat pada besi supaya kedudukanya tidak berubah.


Ahad, 10 Ogos 2008

Pile (Cerucuk)









Cerucuk merupakan salah satu asas yang juga digunakan ditapak projek.Cerucuk @ pile ialah tiang yang ditanam didalam tanah.Cerucuk berperanan sebagai mengagihkan beban yang dikenakan keatasnya kedalam struktur tanah yang keras.Antara contoh cerucuk yang digunakan ialah Rc pile,Sheet pile,Shift pile,Batter pile dan lain-lain lagi.Contoh cerucuk diatas ialah Rc pile.Sebelum kerja-kerja menanam cerucuk dijalankan,titik @ point untuk cerucuk perlu diketahui.Cerucuk yang ditanam hendaklah dipastikan ketegakkannya agar tidak berlaku cerucuk yang serong semasa dan selepas menanam. Dua kaedah bagi mengetahui ketegakkanya ialah dengan memeriksa pemberat yang terdapat pada mesin.Satu lagi pula dengan membuat satu tiang yang dipasang dengan benang dan pemberat dimana akan diletakkan jauh sedikit dari mesin.Bacaan graf cerucuk perlu diambil bagi menentukan had kedalaman maksimum (bacaan set ) cerucuk tersebut boleh memasuki ke dalam tanah.Untuk mengetahuinya,bacaan perlu diambil sebanyak 3x.Bacaan mestilah tidak boleh melebihi 25 mm.Ketinggian @ jarak angkatan jatuhan hammer bergantung kepada berat hammer tersebut.Contohnya : 1 ton = 600mm,1.5 ton = 450 mm,2 ton = 300mm, dan 3 ton = 150mm.



Kerja-Kerja M&E




M&E adalah kerja-kerja pemasangan paip-paip mekanikal dan elektrik.Cth: saluran paip air bersih,saluran air kumbahan,paip kabel elektrik,telefon dan lain- lain lagi.Ia diletakkan di dalam tanah @ di bawah struktur beam dan akan dilakukan sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan.Antara paip yang digunakan ialah : paip ABS dan UPVC.