Ahad, 21 September 2008

Pilecap







Pilecap ialah proses kerja-kerja pembuatan dan konkrit yang mana dihubungkan antara asas dengan cerucuk.Pilecap selalu digunakan dikawasan kekuatan tanah yang lemah seperti ditepi kolam@laut,tanah lembut,dilereng bukit @ tanah tinggi,dan untuk bangunan yang melebihi 4 tingkat.Kerja-kerja pembuatannya tidaklah rumit seperti pembuatan asas biasa.Tanah tidak perlu dipadatkan dengan menggunakkan mesin pemadat seperti asas biasa.Tanahnya hanya perlu dipadatkan @ ditumbuk dengan menggunakan cangkul.Proses pemasangan acuan dan besi juga tidak memakan masa yang lama.

Cut of Length (pile)





Proses ini dipanggil sebagai proses pemotongan cerucuk @ cut of length.Proses ini perlu mengikut syarat @panduan yang terdapat didalam pelan.Contohnya seperti gambar pertama dan kedua diatas.Syarat yang terdapat didalam pelan diatas ialah cerucuk mestilah dipotong dengan ketinggian 125mm dari aras tanah.Iaitu 50mm untuk lean concrete dan 75mm lagi untuk dikonkrit bersama dengan pilecap.Panjang besi yang terdapat didalam cerucuk perlu ditinggalkan.Didalam pelan diatas,panjang besi yang perlu dipatuhi ialah sepanjang 360mm.Bagi memudahkan kerja dan menambahkan faktor keselamatan,400mm juga boleh digunakan.Panjang besi yang timbul ini akan disambungkan @ diikat dengan besi acuan pilecap.Pemotongan boleh digunakan dengan cara pemotongan dengan menggunakan gas.Selain itu,pemotong besi dan konkrit juga boleh digunakan.

Sabtu, 6 September 2008